Bermalam dengan calon isteri sebelum bertemu keluarga, peniaga burger dicekup
Bermalam dengan calon isteri sebelum bertemu keluarga, peniaga burger dicekup
MELAKA– Seorang peniaga burger dicekup bermalam bersama ‘calon isterinya’ dalam serbuan dilakukan sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), di sebuah hotel di Rembia, di sini lewat pagi tadi.
Pasangan itu yang masing-masing berusia 24 dan 21 tahun dicekup pada pukul 3.20 pagi selepas gagal mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan.
Ketika disoal-siasat, lelaki berkenaan bagaimanapun memberikan alasan ingin berehat di hotel tersebut sebelum membawa calon isterinya itu berjumpa ahli keluarga dekat sini bagi membincangkan hal perkahwinan.
Sumber: KOSMO ONLINE
Post a Comment for "Bermalam dengan calon isteri sebelum bertemu keluarga, peniaga burger dicekup"